Isnin, 2 Mac 2009

BANJIR KILAT KALI KE 2-Dimana menghilang YB

Hujan lebat melanda semerak bermula pada 28 Feb, kerut dahi, keluhan para petani mula kedengaran, hasil padi dalam proses tuaian, tembakau yang mulanya menampakan hasil lumayan, tapi kini bagaikan satu mimpi ngeri di mana sawah, ladang bagaikan lautan dan petani mengalami kerugian ribuan ringgit setiap orang. Jika musim pilihanraya YB sentiasa datang jengok orang kampung, yang tak ada masalah pergi tanya jika ada sebarang masalah untuk diselesaikan oleh YB. Tapi kini YB menghilang entah ke mana. Dimana slogan Kebajikan yang dibawa semasa kempen pilihanraya. YB lalu melintas berkereta besar, rakyat dianggap tidak penting sekarang. Hanya kuasa dan gelaran sahaja yang diperlukan. Inilah sikap pemimpin yang disanjung. Rakyat jadi keliru peranan YB. Jika dulu semasa Penyelia DUN boleh berkhidmat dengan baik tapi bila dapat jadi YB, terus menghilang. Wahai rakyat semerak sekalian, lihat pemimpin YB Pas yang dipilih, dimanakah janji, khidmat yang ditagih rakyat semua. Buatlah penilaian sendiri.

Tiada ulasan: